Monday, January 10, 2011

perginya seorang wira :'(

aku bangun awal utk baca buku hari itu . seperti biasa seawal jam 7 pagi , papa hantar angah ke  UTM ,Skudai . tak macam biasa , lepas hantar angah , papa pulang ke rumah dan menukar kenderaan utk pergi ke IPD Nusajaya sebab ada meeting katanya . sebelum pergi meeting , dia sempat kejutkan aku suruh aku membaca buku sebab aku ada exam petang tu . tepat jam 8.30 papa terus gerak ke IPD N/JAYA . aku tidur balik . haha . pukul 10 aku bangun dan mandi , lepas dah mandi aku siap siap tunggu bas . tepat jam 11 bas pun smpai dan pukul 12 aku sampai sekolah . sekolah dekat jew tp aku travel dgn abg bas . haha . semasa kt sekolah budak semua sibuk baca buku ( dah last minit tak payah laa study ) haha . mcm biasa hari tuu exam BI 1 ,KH , BI 2 . suasana sunyi time exam ni . lepas exam 2 paper tu aku pun pergi rehat time nak pergi solat zuhur badan aku terhuyung hayang dan itu mungkin satu petanda buruk yg dpt aku rasakan . selepas solat aku pun naik ke kelas utk amik paper BI 2 . time sedang khusyuk amik exam tu , tiba tiba  cikgu Fum ai Xia panggil aku . aku pergi kt dia dan die sruh aku pack barang . time dia pggil aku tu , dia terlepas ckp tp tak habis laa dia ckp * faizrin .... ayah ..... * aku masih tertanya tanya . time aku turun tangga aku tgk abg aku , juli . bila smpai kt dia , dia cakap * ayin .. papa dah tak ada * . perhh sebak gila aku rasa dan aku terus terduduk atas lantai dan titisan air mata mula berlinangan  . aku menjerit kt dpn pejabat masa tuu . ckgu dlm blik guru semua keluar . aku rasa time tuu tak ada guna lg utk aku hidup .. lepas tu aku balik ke rumah naik kereta cik iera (jiran) , sorg anngota polis dan juli .. time dlm kereta aku tak henti menangis dan anggota polis tu ckp arwah papa terlibat dlam kemalangan semasa nak hantar barang kes ke Balai Majidee . dan setiba di rumah aku tgk dpn rumah aku ramai org . aku pun berlari masuk ke rumah terus peluk mak . mak sedikit pun tak menitiskan air matanya . mak tetap tabah kerana nak hormat jenazah arwah papa . lepas tuu aku mandi siap siap memakai baju melayu . semua kawn  arwah papa turut hadir utk memberi penghormatan terakhir . baik melayu,india , cina mahupun sigh . dyorg tetap hadir . tepat jam 7.30 malam van jenazah polis diiringi dua moto polis trafik pun sampai . aku terus ke van tuu dan mengusung jenazah utk dibawa ke dlm rumah . selepas tuu ,  semua kwn papa melihat jenazah papa . semua yg melihat jenazah menitiskan air mata mungkin dyorg baru berjumpa semasa di IPD tuu . dan ada kawan papa (arwah cik haron ) yg tidak sangka arwah papa dah pergi . selepas baca yaasin , Timbalan Ketua Polis Johor turut menghadirkan diri dan memberi sumbangan kepada keluarga aku . selepas tuu , van jenazah dan anggota trafik sudah bersedia utk membawa jenazah arwah papa ke tanah perkuburan bukit aliff . sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan , pihak polis bertungkus lumus memastikan jalan lancar dan dieskot oleh 2 moto polis dan 1 van polis . semasa dalam van jenazah , aku rasa arwah papa byk menaburkan budi dlm pasukan polis sbb dia begitu disanjung oleh anggotanya mahupun pegawai pegawainya . tepat jam 11 malam , kita org pun smpai di tanah perkuburan . pihak JPA dah sedia dgn sportlihgt . selepas mengkebumikan jenazah , kita org pun pulang ke rumah . malam tuu aku tak boleh tidur mungkin sbb terlalu sedih . pada hari keesokannya , time aku  solat subuh . mak menangis . aku pun tak tahan turut menangis . mungkin mak dah tak dpat tahan sebaknya . mak dah hidup dgn arwah papa hampir 30 tahun.. tp aku akur dgn kehendak ilahi . aku tetap kena teruskan hidup walau semangat aku dah down 100% .. beberapa bulan kemudian aku menjalani sebagai seorang anak yatim . sudah hampir 2 tahun arwah papa meninggalkan kami sekeluarga . jasa dan pengorbanan arwah papa tak akan dpt aku lupakan . terima kasih papa kerana menjaga ayin,jan,juli,angah dan akak . papa laa yg terbaik utk kami . bekerja siang dan malam utk mencari rezeki yg halal . ayin tahu papa nak ayin jadi polis mcm papa . insya'allah ayin akn usaha utk jadi mcm arwah papa . akak skrg pun dah dpt inspektor confirm . apa apa pun ayin sentiasa mendoakan papa di alam sana . I LOVE U PAPA .

 kau pergi tanpa pesan . Semoga roh papa ditempatkan dikalangan orang y beriman dan beramal soleh . terima kasih atas kesetian menjaga anak dan isterimu . tamat sudaah perjuangan mu sebagai seorang hamba , ayah dan suami . moga papa tenang di sana . Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment