Wednesday, April 23, 2014

Mak Papa ! Ayin dah selangkah ke menara Gading !

Assalamualaikum ^^


huiii huiii . aku rasa dah bertahun tak update blog ni . rasa dah berhabuk blog ni . tengok tu banyak sawang sawang . haha . ermm ermm

alhamdulillah . harini aku gembira . gembira yang tidak dapat digambarkan betapa gembiranya aku . setahun sudah berlalu . hari demi hari . tanpa menoleh aku terus maju ke hadapan demi masa depan aku . alhamdulillah kini aku sudah berjaya meletakkan sebelah kaki aku menuju ke puncak kejayaan . aku telah di panggil untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) . aku gembira kerana dapat kos yang aku minat sejak dulu iaitu Diploma Pengajian Sukan di bawah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi (FSR) . syukur yang tidak terhingga walau masa SPM aku longlai kerana aku tiada mereka . tetapi kerana semnagat yang ada aku cuba dan kini aku berjaya :')

mak , papa . kalau mak papa masih ada pada hari ini . mak papa akan gembira . ayin tak dapat bayangkan bagaimana airmata mak papa andai tahu ayin kini berjaya berada di Universiti . dulu ayin ingat mak papa selalu pesan * adik , nanti jadi macam akak , masuk U belajar betul-2 . jangan main-2 . mak papa tahu adik boleh jadi macam akak nanti * mak papa , kata itulah yang membuatkan aku ayin terus kuat untuk terus berjaya . inshaaAllah mak papa , ayin akan cuba buat yang terbaik demi masa depan ayin . walau ayin tahu mak papa tiada lagi pada hari ini utk ayin . tapi sekurang kurangnya ayin ada kata-2 itu untuk ayin terus cemerlang .

 

Mak papa , kekadang ayin rasa cemburu bila masa melapor diri ayin tengok rakan sebaya ayin , mak ayah mereka hantar sedangkan ayin cuma akak yang hantar . di situ ayin tersentuh . ayin terasa berapa sedih pedihnya hati ini tika itu . namun kerana azam dan semangat  , ayin terus kuat kerana ayin ada matlamat yang harus ayin capai :')

mak papa , setiap hari ayin tunggu handphone ayin berbunyi dan keluar calling from mak papa . ayin mohon sangat ianya akan terjadi walau ia adalah sesuatu yang tidak akan berlaku . mak papa , sekali lagi ayin terasa sunyi rindu kerana bila ayin terjaga dari tidur , roomate ayin sedang bergelak ketawa bersama mak ayahnya walau hanya dalam hp . ayin terpaksa toleh ke tempat lain kerana ayin tak mahu sedih tika itu . ayin tahu , ayin tidak lagi dapat merasa semua itu . ayin terima smua tu mak papa dengan hati yang terbuka :')

mak papa , walau macam mana pun . walau sesukar mana , walau sepahit mana dan walau sesedih mana diri ayin pada masa ini . ayin berjanji , ayin akan terus kuat untuk berjaya pada masa akan datang . mak papa , ayin tahu bila ayin graduate nanti , tidak akan ada seorang ayah dan juga seorang ibu di sisi ayin . mungkin tika itu diri ayin perlu kuat melihat insan lain bergmabar memeluk cium ibu bapanya kerana dia sudah berjaya . tapi bagi ayin , itu semua ketentuan ilahi . mak papa , ayin doakan mak papa tenang bersemadi di sana . takkan pernah hilang wajah riak gembira mak papa dalam hati ayin . maafkan ayin kerana selama mk papa hidup , ayin susahkan mak papa . ayin sayang mak papa . jika mak papa ada  di hadapan ayin sekarang , ayin akan memeluk utuh :') iloveyou mom dad :') yeahhh i love you so much ! 

2 comments: