Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya :')

Assalamualaikum 



sekian lama berpisah akhirnya aku kembali ke blog terunggul yang disegani ramai . alhamdulillah aku masih hidup dan bernyawa di atas muka bumi Allah yang hanya sementara buat kita semua . syukur ke hadrat ilahi kerana kita diberi peluang untuk terus hidup mencari bekalan yang selesa apabila kelak di sana :')

Hari ini semua umat Islam bergembira meraikan hari kemenangan mereka setelah sebulan berpuasa . tetapi dalam bergembira pasti ada mereka yang berduka . mungkin mereka beraya tanpa ibu bapa meraka atau adik beradik atau suami atau sahabat karib yang mungkin telah pergi dahulu menyahut seruan ilahi . aku salah seorang dari mereka , beraya tanpa mak dan juga ayah kerana Allah lebih menyayangi mereka .

aku redha dengan suratan takdir . aku bersyukur kerana masih mempunyai akak dan abang walau mereka tiada di sisi kerana jauh di perantauan demi masa depan tetapi aku tahu mereka pastinya mahu ada disisi aku yang masih mentah ni :') dan aku bersyukur kerana dia penyeri hidup aku sentiasa bersama aku walau dia beraya dengan family dia dekat tangkak :') aku pastinya merindui gelak tawa arwah mak dengan arwah papa tiap kali nak raya . bergaduh sana sini , bergurau senda , buat ketupat , masak rendang daging siat dan sebagainya. aku rindu semua itu . aku dah tak dapat rasa semua tu . Ya Allah kuatkan aku untuk lalui semua ini :')

tiap kali hari raya pastinya airmata menjadi teman sejati bagi aku . tahun ni merupakan tahun ke4 beraya tanpa seorang ayah dan raya ke3 tanpa seorang ibu . tadi time gosok baju then dengar takbir dengan lantas mulut mengikut dan tanpa sedar airmata berlinangan . YA Allah , rindunya time ada mereka :'( balik solat raya , buka tudung saji ingat ada laa ketupat dengan rendang daging siat semua . tapi aku lupa mak papa dah tak ada nak sediakan semua tu . fuhh harapan tinggi tanpa hampa . so cari idea pi mamak beli mee goreng tapi hampa juga mamak tutup ==' . haihhh . aku tahu aku kuat untuk laluinya tapi pastinya aku akan jatuh :'(


tidak mengapalah . rindu itu sesungguhnya amat menyakitkan . semoga aku tabah untuk lalui ini semua . aku yakin Allah akan beri kebahagian bila aku berumahtangga nanti . amin amin ya rabb . Allah menjadikan kita di sebaik baik kejadian . terima kasih Ya Allah :') 

apapun , aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA . Buat yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung , jika ada salah dan silap yang disengajakan atau sebaliknya minta dimaafkan dengan ikhlas . diri ini masih terlalu banyak kekurangan malah tidak pernah sempurna . jadi , maafkanlah dengan ketulusan hati walau secebis isi :') . semoga Allah membalas segalanya :) apapun sekali lagi , SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN . JEMPUT DATANG RUMAH TAPI TOLONGLAH BAWA KUIH RAYA SENDIRI XD



IKHLAS DARI PENULIS ,
MUHAMMAD FAIZRIN BIN MOHAMAD PAUZI

No comments:

Post a Comment