Saturday, June 1, 2013

Tamat Latihan Asas Khidmat Negara (PLKN)

Assalamualaikum 

alhamdulillah akhirnya aku Wira KPL 271A Muhammad Faizrin Bin Mohamad Pauzi telah berjaya menamatkan sesi latihan khidmat negara bagi Kumpulan 2 siri 10/2013 di Kem PLKN SRI LEDANG , Tangkak Johor dengan jayanya walau hanya 2 bulan di sana kerana melanjutkan pelajaran . 



Ucapan Perpisahan dan Salam Jasa Para Jurulatih :')

Yang Berbahagia Tuan Komandan Mejar Azman b Che Mohd Salleh (TUDM) , Yang Berusaha Timbalan Komandan Latihan Mejar (B) Yadzir b Md Jantan , Yang Dihormati Timbalan Komandan Pengurusan Leftenan Khairul Azhar (TUDM). Yang Dikasihi Ketua Jurulatih Fizikal dan Multiskill . Para Jurulatih dan wira wirawati sekalian . Assalamualaikum , salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia :')

Alhamdulillah dengan berkat kesyukuran ilahi , kita semua dapat bersama-sama berhimpun pada malam ini bagi majlis perpisahan yang melibatkan segelintir pelatih yang akan menanmatkan latihan pada hari ini . mereka akan pulang mulai esok 23/5 sehingga 26/5 kerana melanjutkan pelajaran demi masa hadapan mereka . pejam celik pejam celik sudah hampir dua bulan kita disini , namun pada harini pada malam yang hening lagi harmoni ini , kita sama sama akan dapat melihat pelatih-2 yang akan meninggalkan kem ini mengalirkan airmata kerana mengenangkan detik pertemuan pada mula mereka bertemu . Tinggal di bawah 1 bumbung biru tanpa mengenali latar belakang rakan-2 mereka . Namun atas dasar latihan dan program ini , lama kelamaan mereka semua menjadi semakin akrab dan ada diantara mereka tidak mahu berpisah pada malam ini . Namun apakan daya , sudah menjadi lumrah kehidupan manusia di muka bumi ini bahawa setiap pertemuan pasti perpisahan dan setiap kegembiraan akan ada sedikit kesedihan yang tidak dapat disorokkan . Di sini ada mereka yang merupakan dari golongan berada dan ada jua yang dari golongan sederhana namun itu semua mereka ketepikan untuk bersatu bagi menjayakan perjalanan mereka di sini . Di sini mereka belajar bermacam macam untuk berdikari , sentiasa berdisiplin dan menepati masa . alhamdulillah apa yang saya perhatikan ada mereka yang berubah dengan membuat turning point untuk menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti :) 

Kami bersyukur kerana mendapat seorang Komandan yang sporting , segak , handsome dan amat mengambil berat tentang pelatih di sini . manakala jurulatih yang baik dan sanggup memberi tunjuk ajar yang berguna kepada kami . segala tunjuk ajar mereka itu tidak akan kami lupakan apatah lagi jasa dan pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan anak dan isteri mahupun suami tercinta untuk mengajar dan menjaga kami disini .  tidak dapat saya bayangkan apakah perasaan  anak dan isteri mereka yang terpaksa berpisah dengan ayah dan suami mereka . Pengorbanan cikgu-2 semua terlalu besar buat kami . Ada yang sanggup berjemur di bawah terik matahari untuk mengajar kami semua berkawad dengan baik . kami bersyukur kerana memiliki cikgu-2 semua :')  Tidak lupa juga kepada rakan lain yang selama ini memberi kerjasama yang tinggi untuk kompeni masing-masing . mungkin selepas ini bila dirumah kami tidak akan lagi mendengar hukuman *kebelakang pusing . hentak kaki 14 satu dua . cepat wira ! dan sebagainya * dan pastinya kami akan merindui itu semua . Gelak tawa , kerseriusan jurulatih sema tidak lagi kami dapat melihatnya . namun itu semua tetap ada dalam hati kami kerana itulah kenangan yang paling indah dalam hidup kami . 

Bagi kami yang berjawatan , ucapan terima kasih kepada semua terutamanya Komandan , TKL , TKP dan semua Jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugas . dan kepada rakan lain  ucapan terima kasih juga saya ucapkan kerana mendengar arahan kami walau ada yang membenci dan tidak menyukai kami sepanjang kami memegang jawatan ini , namun amanah dan tanggungjawab yang diberikan kami utamakan . sebelum saya mengundur diri , kami semua menyusun 10 jari memohon maaf andai terkasar bahasa , tertinggi bila bersuara dan hilang sabar semasa menjalankan tugas . kami mendoakan anda semua yang masih berada di sini dapat menamatkan latihan dengan jayanya nanti . dan kami memohon agar anda semua mendoakan kejayaan kami semua di luar sana . terima kasih semua :') assalamualaikum :')

Kalau ada sumur di ladang ,
boleh saya menumpang mandi ,
kalau ada umur yang panjang ,
boleh kita berjuma lagi .

KEM PLKN SRI LEDANG TERBAIKKKKKKKKK !

LUASAKAN KUASAMU LEDANG !

PANJI/BENDERA KOMPENI-2 KEM SRI LEDANG
KUMPULAN 2 SIRI 10 TAHUN 2013


SIJIL TAMAT LATIHAN PLKN ^^


SIJIL PENGHARGAAN SEBAGAI KOPERAL WIRA ALPHA ^^

Gambar Kenangan di PLKN SRI LEDANG

time dah tak ada pangkat xD bersama wira Tan Kang Yue


Koperal Shaeh Jian An , wira shariffudin , wira thelagan , Sarjan Amir  Koperal Faizrin , wira Hatyai
Wira Shaf , Wira Taqi (Imam)


PL 1 Kompeni Alpha .


rindu saat hari minggu . semua terlentang rehat . haha


mengejar kejuaraan Dorm . number index PL1


kecantikkan dorm PL1 . yeahhh ^^



itu saja yang dapat dikongsikan . tunggu DVD GAMBAR smpai . akan diupload semuanya gambar disini . yeahh . terima kasih semua ^^ 

PLKN SRI LEDANG TERBAIKKK ! ^^

No comments:

Post a Comment