Saturday, March 2, 2013

Mereka Perwira Negara .

Assalamualaikum .

harini sepi pilu dan sebak menyelubungi sebahagian atau keseluruhan warga PDRM khasnya untuk UNIT KOMANDO VAT69 PDRM kerana kepemergian dua wira negara yang telah gugur ketika pertempuran dengan penceroboh negara . difahamkan mereka terkena serangan mortar ketika dalam jagaan pusat kawalan dalam memperketatkan kawalan di Lahat Datu . mereka adalah INSP G/17992 Zulkifli Mamat dari skuad 2/2006 dan KPL 113088 Sabarudin . mereka telah gugur ketika diperbatasan . manakala 2 anggota berpangkat Koperal dan seorang berpangkat Konstabel iaitu KPL 135383 Azman , KPL 152133 Mohd Tarmizi dan KONT 175533 Mohamed Qayyum'Aiqal . mereka bertiga ini sedang dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil .

aku mengerti dan faham akan perasaan ahli keluarga mereka . suami mereka atau ayah mereka terpaksa bertaruh nyawa demi menjaga keamanan negara . mereka berharap ayah./suami mereka pulang dengan baikk namun apabila mereka mendapat berita bahawa suami/ayah mereka telah gugur . kekecewaan dan kesedihan tidak dapat disembunyikan . tapi itu semua hanyalah penyebab kerana mati itu adalah pasti . aku berharap keluarga arwah sentiasa tabah dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka . dan yakinlah dengan ketentuan ilahi . mereka bukan gugur kerana penakut . mereka bukan gugur kerana sakit . TETAPI mereka gugur di perbatasan ketika menjaga keamanan negara . mereka terlalu berani demi mempertahankan negara . mereka semua adalah PERWIRA NEGARA . anda semua wira ! JASAMU DIKENANG TUAN!

apapun al-fatihah dan salam takziah untuk ahli keluarga mereka . saya juga pernah merasa bagaimana hilangnya seorang ayah yang juga merupakan seorang Anggota Polis . dia juga pernah berkhidmat dengan VAT69 sekitar tahun 1978 dan PGA sekitar 1982 . Arwah juga gugur ketika sedang dalam perkhidmatan . dan lebih membuatkan saya terharu dan kagum arwah gugur dengan memakai uniform PDRM . arwah berkhidmat dalam PDRM selama 32 tahun. tapi saya bersyukur kerana Akak dan Abang saya kini tlah mengikut jejak langkah arwah :') . dan andai rezeki saya , saya juga akan mengikut jejak langkah mereka . dan saya juga mahu gugur dalam mempertahankan negara . :)

Mereka WIRA NEGARA !

No comments:

Post a Comment