Monday, January 14, 2013

Terima Kasih 2012 :)

Assalamualaikum w.b.t 

alhamdulillah hari ini aku masih mampu bernafas . mencari keredhaan ilahi . hari ini juga adalah hari terakhir bagi tahun 2012 . pejam celik pejam celik masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari bahawa hari ini adalah hari terakhir bg tahun 2012 . dan pelbagai dugaan telah kita lalui dengan jayanya tanpa sedar kita telah menang dgn dugaan itu . :)

alhamdulillah tahun 2012 sedikat sebanyak telah mengajar aku erti kesabaran , ketabahan , kesungguhan dan mcm-2 lagi . aku belajar dari ini semua utk menjadi lebih matang dan terus berdikari tanpa mengharapkan orang lain . tahun ini juga aku belajar utk terus semangat walau tanpa kasih sayang dari seorang ibu dan ayah :') aku bersyukur kerana dipilih oleh-Nya utk lalui ini semua . tidak semua orang lalui apa yg aku terima ini .

kadang-2 aku tertanya , kenapa Allah sering memilih aku utk lalui ujian-Nya . setelah bertahun aku laluinya , baru aku sedar rupanya DIA memilih aku kerana DIA taknak aku jauh dari-Nya :') sejujurnya walau kdg-2 aku lemah , aku hampir putus asa dengan setiap ujian Allah . tetapi bila aku ingt DIA aku kuat , aku yakin aku mampu atasinya . dan alhamdulillah aku terlalu bersyukur :') . dan ingatlah tidak semua orang akan terima ujian Allah . Allah beri dia kekayaan , Allah beri dia harta tetapi Allah tidak mengujinya . kerana Allah nak tengok adakah dia bersyukur bila memiliki harta . Allah maha adil dan kaya . DIA tahu yang terbaik utk kita :)

aku tahu tak semua orang akan kuat bila terima Ujian Allah , tp yakinlah Allah tahu apa yang terbaik utk kita . kita kena kuat walaupun kita hampir jatuh dari landasan sebenar . :) segera bangkit dengan kekuatan luar biasa . alhamdulillah selepas 14 hari menjalani kehidupan di tahun 2013 ni aku semakin kuat . tp biasalah kdg-2 rindu pada arwah tu terlalu kuat . airmata juga kdg-2 membasahi pipi . bukan susah utk lelaki mengalirkan air mata kan ? bila hati dia rasa terlalu rindu , mengingati orang tersayang . dia akan tewas walau bukan dihadapan khalayak ramai :) . 

apapun aku ucapkan terima kasih pada 2012 kerana suka duka , gelak tawa kita bersama lalui saat itu . selamat tinggal 2012 :) setahun bersama mu walau aku tiada seorang ayah dan ibu lg , kau sentiasa menemani aku setiap saat . 2012 terlalu indah utk aku kenang kerana merupakan tahun terakhir aku bersekolah . dan juga merupakan tahun paling indah sbb aku jumpa orang yg paling aku sayang . dia sentiasa menemaniku tika saat menghadapi spm . tp aku sangkakan akan bertahan lama tp entahlah , tiba-2 dia minta berpisah tanpa sebab . aku tercenggang . aku tertanya mengapa . tp apa mampu aku lakukan , itu dia yang pinta . :) aku doakan kau bahagia . selamat maju jaya PNH :)  

so aku harap tahun 2013 ni tiada lg luka di hati . lara di hati . semoga aku terus tabah menghadapi hari-2 berliku walau aku tahu lepas ni aku akan pergi PLKN yang mungkin tiada berteman . tiada orang yg akan lawat aku . apatah lg bila di U nanti . wahai sahabat , wahai guru doakan laa anakmurid/sahabat mu ini mampu berdiri . mampu meneruskan hidupnya . amin  . terima kasih kepada semua yang  sentiasa bersama aku . aku hargai . :') segala jasa dan pengorbanan anda tidak dapat saya balas tp Allah akan membalasnya . terima kasih :') Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment