Tuesday, December 11, 2012

Cekal Tabah dan Sabar ! oh Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah hari ini masih diberi peluang oleh-Nya utk terus hidup di muka bumi ini yang hanya sementara utk kita semua sebagai hambanya . pejam celik pejam celik masa berlalu terlalu pantas . dan terlau banyak jua onak duri dan cabaran yang telah kita lalui . pelbagai ujian dan rintangan dari Allah S.W.T kepada kita . akhirnya kita berjaya mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut. kerana itu semua berkat dan kesabaran kita dalam ujian tersebut . Yakinilah bahawa setiap ujian yang datang pasti ada jalan penyelesaian walau ia hampir menemui jalan buntu :) yang penting  adalah sikap , kekuatan diri dan percaya dengan takdir Allah S.W.T :)

melihat ke belakang kembali kadang kala boleh membuatkan kita lebih berwaspada dalam meneruskan langkah agar tidak berlaku kesilapan yang sama sebelum ini . :) . andai berlaku lagi kesilapan yang sama mungkin semangat dan keyakinan kita hilang . . hmmm .

sekarang umur aku dah 17 tahun . bermacam macam ujian telah aku lalui . ujian yang terlalu besar yang di beri oleh Allah . aku terima takdir Allah dan aku bersyukur kerana dipilih utk lalui ujian ini . orang lain tak dapat dan tak rasa apa yang aku rasa :) . disaat umur aku meningkat 14 tahun aku telah di uji dengan satu ujian yang mencabar . aku kehilangan sorang insan yang paling aku sayang , aku rindui dan segalanya hny utk dia . dia ialah insan yang aku panggil PAPA . dialah pejuang dan tonggak utama keluarga ini . dia yang mengazankan aku selepas aku keluar dari rahim ibuku . dia gembira dengan kelahiran aku dan adik beradik yang lain kerana dia tahu dia sudah ada zuriat dalam hidupnya :)

Mohamad Pauzi bin Ibrahim adalah nama papaku . dia dilahirkan di kemubu , kuala krai , Kelantan . dia merupakan anak kelima dari 6 adik beradik . :) dia juga merupakan anak yatim piatu ketika masih bersekolah . dan sekarang Allah beri apa yang arwah papa rasa dulu kepada aku skrg . mungkin ini papa nak aku rasa dan lebih berdikari dalam mencari apa sebenarnya erti kehidupan tanpa kedua orang yang kita sayang . papa pernah bercerita . di saat umur 20tahun dia keseorangan . dia telah mengambil keputusan utk pergi ke KL utk menjalani latihan asas kepolisian pada tahun 1977 . dan alhamdulillah dia berjaya . arwah papa mengatakan , di saat dia tamat latihan polis . dia tanpa ada seorang ayah dan ibu di sisi di hari dia sudah berjaya . itulah papa seorang yang cekal dalam menjalani hidup tanpa mak ayah dia . kehidupan papa mungkin berulang dgn skrip yang sama utkku . papa adalah idola aku yang paling kuat dalam hati ini . tanpa papa , mungkin aku telah mati lemas . tanpa papa juga mungkin aku telah mati dalam satu kemalangan . :') papa telah menyelamatkan aku . papa wira dalam hidup aku . tiada lelaki lain segagah papa . tiada lelaki lain setampan papa . tiada lelaki yang boleh menggantikan tempat papa . papa adalah papa . dan papa adalah sang pejuang dalam keluarga ini :') . ayin sayang papa . walau ayin selalu kecewakan papa , tidak terniat di hati ayin utk melakukan nya . mungkin masa ayin kecil , ayin degil . maafkan ayin , papa . ayin terlalu sayang papa . tidak terjangkau akali fikiran ini , di saat ayin membesar . ayin akan kehilangan papa . tapi itu semua ketentuan ilahi dan ayin terima . :') tidak ada apa lagi cara utk kita bertemu selepas papa telah dijemputNya . ayin akur dan ayin pasrah . ayin akan cuba utk bertemu dengan papa di syurga kelak . syurga firdausi . inshaaAllah wahai pejuang hatiku :') . wajah papa tidak pernah hilang dalam hati ini . percayalah . papa adalah seorang lelaki yang gagah walau airmata tidak pernah mengalir . papa adalah lelaki yang pertama utk ayin mengalirkan airmata . papa , terima kasih selama ini kerana menjaga dan melindungi ayin dengan baikk walau kedegilan diri ayin kadang kala menghilangkan kesabaran papa . maafkan ayin , papa :') . tiada apa lagi , cuma doa yang dapat ayin hulurkan . semoga roh papa tenang di sana . ayin rindukan kasih sayang papa . ayin sayang papa :') iloveyou PAPA :* al-fatihah .

Puziah Binti Haron adalah insan yang aku panggil mak . dia ratu dalam hati ini . dia seorang wanita yang terlalu gagah dalam menempuhi liku liku kehidupannya . disaat dia kehilangan seorang insan bernama suami , dia tidak menitiskan airmata dek kerana tidak mahu anak dia turut menitiskannya . tapi apabila jasad suaminya sudah tiada didepan dia meraung kerinduan . itulah mak . namun hari demi hari dia terima semuanya . dia tahu Allah lebih sayangkan papa . namun selepas dua tahun papa tinggalkan aku . mak pula jatuh sakit . hatinya rosak dan telah smpai tahap kritikal . selepas sebulan aku jaga mak , akhirnya insan yang aku sayang ini telah tinggalkan aku disaat aku meningkat dewasa . sehari sebelum puasa mak tinggalkan aku . bayangkan , selalunya time berbuka mak sediakan juadah berbuka . tetapi disaat itu aku berfikir . masih adkah lagi sentuhan masakan kasih sayang dari seorang ibu ? namun terdetik dalam hati . ohh dia telah pergi utk bertemu penciptaNya . dan aku terima . aku pasrah ketentuan ilahi . apa yang terjadi selama ini lebih menguatkan aku utk teruskan perjalanan . mak tahu dan mak yakin yang anak dia ini mampu teruskan perjalanan hidup yang berliku tanpa dia :') mak pergi dengan kata *mak terlalu rindukan ayin* . ye mak ayin pun rindu kasih sayang mak . dan ayin terlalu sayangkan mak :') terima kasih mak sebab lahir dan besarkan ayin . maafkan salah silap ayin . wajah dan kecerian mak selalu ada dalam hati ayin . ayin sayang makk . iloveyou mak :') . al-fatihah .

No comments:

Post a Comment