Saturday, August 4, 2012

Cinta Remaja ~

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia .
haha .

yeah harini hari sabtu bersamaan dgn 4 Ogos 2012 . dan bg umat islam seluruh dunia , harini merupakan 15 ramadhan dan bermaksud hny tinggal 14 hari lagi sebelum kita menyambut syawal yg penuh makna . akan tetapi , adakah kita di pagi 1 Syawal nanti ? renungkan lah :) mesti bagi remaja disana tidak sabar menunggu detik 1 Syawal . dan bg yg mempunyai kekasih mereka pastinya akan menyambut bersama . memakai pakaian raya yg sedondon . haha . bohong laa kan kalau tak ada yg sedondon . haha

CINTA REMAJA ? apa itu cinta . adakah remaja seperti aku ini sudah memahami dan mendalami maksud cinta tersebut ? . berani aku katakan , orang dewasa yang lebih tua dari kita pun belum tentu faham maksud cinta itu . siapakah kita di saat cinta itu ? renungkahlah sebelum melafazkan perkataan perkataan tersebut . sedarlah sebelum ia terlambat :) .

aku mengakui perasaan utk mencintai dan dicintai tidak dapat dielakkan oleh semua orang . kita memerlukan itu utk terus kuat kerana mengetahui ada orang yg sentiasa ada dgn kita . akan tetapi , kita masih remaja dan tidak memerlukan kekasih dan cintai dari orang yg bukan ahli keluarga kita . kita hny memerlukan kasih sayang dan cinta dari seorang ibu dan ayah . dan paling penting dari Allah S.W.T . itulah cinta hakiki yang perlu kita cari . kerana dengan mencintai Allah S.W.T sepenuh hati , insya'allah satu hari nanti Allah akan beri seorang insan yg cantik akhlaknya utk mencinti kita . yakinlah dengan jodoh Allah . cuma lambat atau cepat Dia berikan kepada kita . :)

kebanyakkan remaja masa kini terlalu angkuh dgn kelebihan diri . mereka menggunakan kecantikkan di wajah utk memiliki seseorang . dan mereka akan lupa apa itu erti setia . tidak dinafikan , sebelum bercinta pastinya mereka akan menggunakan ayat yg dramatik utk mencairkan hati seseorang . apabila sudah dapat , mereka cepat berasa bosan sekaligus mereka akan cuba mencari yang lain . remaja masa kini , belum dapat mengerti maksud sebenarnya cinta dalam kesetiaan . bagi mereka , cinta di usia remaja hanyalah permainan utk mendapatkan kebahagiaan . :) . pemikiran kita perlu luas . perlu berfikir sejauh mungkin sebelum bercinta .

sebelum bercinta wahai remaja , suka kawan ingtkan . fikirlah siapa diri kita ? fikirkanlah adakah kita mampu menjaga iman dan ibadah kita ? mampukah kita menahan nafsu ketika bercinta ? dan paling penting adakah cinta dan sayang kita kepada ibu bapa dan Allah mampu kita kekalkan ? pelajaran itu penting dari segalanya . bila meningkat dewasa nanti , mungkin baru kita perlukan semua ini . :)

banyak kesan apabila kita gagal bercinta . kekasih yg dulunya kita sayang , kita rapat namun harini sudah menjadi musuh kita kerana kita gagal memberi dia kebahagian . kita gagal membawa dia ke jalan yang benar . kita lupa akan diri kita , kita lupa siapa kawan kita yg sebenarnya . dan kita lupa kita masih bergantung kepada ibu bapa . dan berani aku katakan , semasa bercinta puluhan ringgit kita habiskan demi seorang kekasih . fikirkanlah wahai sahabat yang kita tidak perlukan cinta dari seorang insan bergelar kekasih pada usia yg semakin meningkat ini . habiskanlah masa remajamu dengan mencari keredhaan dari-Nya dan isilah dada mu dengan ilmu yang secukupnya :)

namun tidak salah utk kita bercinta akan tetapi kita perlu mengetahui batas batasnya . segelintir remaja pada harini , tidak mempedulikan agama . bila berjumpa , tangan mereka pasti akan bersentuhan . dan tidak dari itu , ada juga yang sanggup memeluk tubuh bersama . cium sana cium sini . kita kena fikir , mampukah cinta yang dibina tanpa ikatan yg sah akan kekal selamanya ? Allah maha Berkuasa . bila DIA kata tidak , maka tidaklah baginya . kita kena jaga maruah diri kita bila bercinta , jaga pergaulan dan jaga diri kita utk suami/isteri kita nanti . :)

apapun , kita sudah besar . mempunyai akal dan fikiran yang baik . jadi , fikirlah sebelum melafazkan perkataan cinta dan sayang . cegah sebelum terlambat . bangun sebelum kita terus terlena dengan permainan dunia :) . ingt , cinta kepada Allah itu adalah cinta yang paling hakiki . dari Dia kita akan dapat cinta yang sejati hingga ke syurga . insya'allah kawan kawan . berdoalah agar kita diberi insan yang baik dan mampu membimbing kita ke jalan yang besar . insya'allah mudah mudahan . :) assalam .

3 comments:

  1. cinta..arap2 kutemu cinta sejati :D

    ReplyDelete
  2. alaaa..ckp je la tgh bcinta. bila nak kenalkn? pewwiiittt.. dulu kecik je. dlm kelas mcm cite upin ipin je. skang dah besar panjang dh. hehe..

    ReplyDelete
  3. cik didi : amin insya'allah mudah mudahan :)
    cikgu azharul : haha . mana ada bercinta . tak reti rr cikgu . haha . dulu memang kecik molek . hehe .

    ReplyDelete