Thursday, July 19, 2012

Perkhemahan Perdana 2012 .

 Assalamualaikum :)

yeah . syukur alhamdulillah kerana harini aku diberi kesempatan utk terus hidup di dunia ini :) . seperti yang sedia maklum , pada 12-16 Julai lepas . Unit Kokurikulum SMK TBI telah mengadakan perkhemahan perdana di Taiping , Perak dan juga Pulau Pinang . seramai 103 orang pelajar dan 12 orang guru telah mengikuti perkhemahan ini . kami bertolak pada malam jumaat dan sampai di taiping sekitar Jam 9 pagi .

haha . utk makluman smua , kem kali ini adalah kem paling indah yang pernah aku sertai . kem yg sempoi dan relax . cikgu-2 smua sporting . haha . okayy pada hari pertama selepas smpai dari JB , ktorg melawat Muzium Taiping . kt situ mcm-2 ada lebih kurang mcm muzium negara laa juga . then lepastu kami ke air terjun . bestt beb . mandi manda kt sana . haha . ada yg kena tarik seluar . ada yang kena baling pasir dgn aku . kihkihkih . best derr . then malam tu pertandingan kawad kaki diadakan antara kumpulan . alhamdulillah aku bersyukur sbb kumpulan aku dapat numb 2 keseluruhan . walau ada yang tak reti kawad , dyorg tetap beri komitmen :) . thank you :D . 

then hari kedua , ktorg smua masuk hutan dkt Kurau Stone . ada pelatih iaitu KPL Haridan . dia baik tapi tegas . dia ajar cara hidupkan api guna batu dgn kayu . then dia ajar masak guna nasi dalam buluh dan masak ayam guna buluh juga  haha . memang bestlah . ada yg masak nasi smpai jadi batu arang . ada yg masak ayam tapi tak jadi ayam . haha . ktorg anggap smua tu sbgai kenangan terindah dan melatih diri kami utk berusaha dalam keadaan susah . dan pelbagai cara boleh kita buat walau tinggal dalam hutan :) . ada yang kena pacat smpai nak nangis . haha . biasalah orang bandar masuk kg . mcm-2 hal . huhu . then lepastu ktorg buat aktiviti lasak . cari kedudukan menggunakan kompas dan naik flying fox . haha . aku naik pulak . sedih sbb hujan :P . then balik ke kem utk aktiviti seterusnya . byk aktiviti ktorg buat .

then hari ketiga , ktorg pergi BUKIT MERAH . mandi kt sana . haha . macam-2 laa yang jadi . naik pelampung dgn cikgu . smpai ada yg tergelok . then ada yg boyaa dia turun dulu tp orangnya still kt atas :P . haha . pastu naik gelongsor yg laju tu . gila r beb . ahhaha . kecut perut makk .. then lepas mandi manda ktorg balik kem . smpai kt kem , tgk khemah smua dah terbalik . kbykkannya khemah dimasuki air . haha . dugaan . tapi alhamdulillah , aku dan rakan lain sbgai urusetia perkhemahan tetap menjalankan tugas utk memastikan khemah peserta lain selamat utk ditiduri pd malam tu . 80% khemah dyorg dimasuki air tapi kami tetap akn pastikan khemah mereka kering :) . 

then hari terakhir kami di Pulau Pinang . ktorg just sempat pergi Bukit Bendera . haha . naik keratapi utk ke atas . best laa juga smbil layan karenah cikgu-2 yg gila-2 :P hahaha . tp memang best dpt cikgu yg mcm ni . sempoi gila beb :) . huhu . then dalam pkul 1pm ktorg bertolak ke JB then smpai dalam pukul 12a.m :D

nak tgk gmbr ? jom :D
 pelajar cuba menghidupkan api selepas di ajar caranya .
KPL.Haridan menunjukkan cara menyalakan api menggunakan lumut :)
Kem komandan memberi arahan kepada urusetia .
para pelajar berusaha utk mendirikan khemah tanpa putus asa .
pelajar perempuan juga tidak melepaskan peluang utk mendirikan khemah mereka sendiri.

ketua kumpulan 8 , sempat berposing semasa latihan kawad dijalankan :P
kumpulan 8 ,serius berlatih sblm pertandingan dimulakan .
numb 2 sudah memadai utk kumpulan 8 :)
ceria ketua kumpulan 7 selepas berjaya menjadi juara dlm pertandingan k.kaki :)
bergambar di dalam hutan :P
riak wajah ceria seorang guru pengiring kami :') (KIRI)
keletihan terpancar diraut wajah insan bergelar guru tetapi mereka tetap bersemangat :)
para guru bergambar sebagai kenangan utk mereka bersama kami di muzium taiping .
Geng BOMO . haha . inilah wajah ceria guru kami , walau keletihan tetap menjaga keselamatan kami :)
menunggu masa utk bermandi manda di Bukit Merah :P haha
keletihan tidak menghalang mereka utk bergembira :)
salah seorang urusetia mencuba nasib sebelum terhumban ke dalam gaung :P HAHA
kahkahkah . di bukit merah .
senyum weyyy . haha . budak selalu kena buli :P
keakraban dua orang sahabat sebelum mereka membawa hala tuju masing-2 :)
bila team Slayers Bersatu :P HAHAH
kelemahan diketepikan oleh mereka utk mengharungi 4 hari yg penuh cabaran dan mereka tetap mampu tersenyum :)
Posing jap :P
gelak tawa pelajar senior dan juniors :')
senior lain juga sempat bergmbr :P kahkahkah .
jabatan urusetia yang banyak bertungkus lumus semasa khemah peserta lain dimasuki air . terima kasih kepada urusetia yg sentiasa memberi komitmen :)
dan TERBAIK LAAA

apapun . 4 hari yg mencabar telah berjaya kami semua lalui . susah senang kami tetap bersama . andai sepanjang kem ini berlangsung , ada tingkah laku mahupun perkataan yg tidak enak harap dimaafkan . kem ini sedikit sebanyak telah memberi kami pengajaran utk hidup berdikari selain hidup bekerjasama antara satu sama lain walau berlainan bangsa . kepada rakan-2 dan bakal penganti kami yg dah tingkatan 5 ni . aku harap korang dapat tunjukkan teladan dan contoh yg baik . dan jadikan kem pada tahun hadapan utk korang maju terus kehadapan . aku mewakili rakan tingkatan 5 yg lain , ingin meminta maaf jika kami smua ada melakukan kesilapan . kami juga manusia :') . jadikan perkhemahan bersama kami sbgai kenangan yang paling indah yg pernah korang sertai :) doakan kami semua berjaya dalam SPM pada tahun ni :')

dan kepada guru-2 kami . alhamdulillah sy bersyukur dapat berkhemah bersma cikgu-2 smua . walau cikgu smua sporting kami tetap hormat cikgu tapi cuma kdg-2 tu kami bergurau saja . terima kasih kerana menjaga kami dengan baik dan memberi kami tanggungjawab utk dilaksanakan . dan ribuan terima kasih kerana memberi 100% kepercayaan kepada kami sbgai urusetia . sy berharap ada pelajar yg lebih bagus dari kami utk pikul tanggungjawab ini pd tahun hadapan :) . sekali budi baik jasa dan pengorbanan cikgu , hanya tuhan saja yg dapat membalasnya . akhir kata , doakanlah kami pelajar Tingkatan 5 berjaya dalam SPM pada Tahun ini . andai ada terkasar bahasa atau tingkah laku yang tidak sopan harap dimaafkan . terima KASIH CIKGU :')

PERKHEMAHAN PERDANA SMK TAMAN BUKIT INDAH 2012 the BEST !



No comments:

Post a Comment