Sunday, June 10, 2012

aku teruskan perjalanan tanpamu :')

ASSALAMUALAIKUM

yeah harini dah 10/6 kejap je masa berlalu . cuti pertengahan tahun pun dah tamat . yeay yeay esok sekolah macam biasa . konfirm t kena bebel esok dgn result yang macam !^^@(#Y^% ahaha . tapi insya'allah kalau ada rezeki , A laaa aku dpt . amin mudah mudahan . insya'allah trial SPM dan SPM nanti aku akan cuba buat yang terbaik demi mengejar impian dan cita cita aku . insya'allah . errm cepat betul masa berlalukan . pejam celik pejam celik dah 2 minggu aku bercuti . tak caya sungguh . tapi itulah kehidupan , ia makin ke hadapan dan bukan kebelakang . tapi harus kita ingt , apa yg telah berlalu jadikan ia satu panduan utk kita terus maju ke hadapan . dan apa yang berlaku pd hari esok adalah ujian utk kita semua :')

esok kena bangun pagi se awal 4.30 . err ponet den di buatnya . dulu arwah mak selalu kejut aku . walau dia penat mcm mana tapi utk anak dia , dia tidak pernah kenal erti penat . ya Allah rindunya kt arwah mak . dulu sebelum pergi sekolah arwah mak buatkan air . salam tangan dia sebelum aku gerak naik bas . dia tunggu aku smpai aku naik bas . hmm . jasa mak terlalu besar . aku ingt lagi time amik result PMR , aku ckp dgn mak . *mak ayin tak dapat straight A :'( * air muka mak terus berubah . aku sedih aku gagal beri dia kegembiraan . tapi aku janji dengan dia aku akan bg dia kejayaan kt SPM ni tapi tak sangka dia pergi terlebih dahulu . aku terduduk  disaat dia pergi tinggalkan aku :'( . dulu aku sakit , mak laa orang yg akan sentiasa ada di sisi aku . dia yang jaga aku siang dan malam . dia sanggup tido atas kerusi utk temani aku . cuba korang bayangkan , sekuat mana hati mak kita kan :) . walau kita sakitkan hati dia , kita marah dia , kita tak dengar cakap dia , tapi dia tetap ada utk kita . dia tetap sayang kita kerana dia yang lahirkan kita dan dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang ibu . tapi kita sbgai anak ? hanya tahu marah dia , tak dgr cakap dia. kenapa eh ? banyak dosa yg telah kita lakukan pd insan bergelar ibu ni . percayalah kawan kawan , bila disaat kita hilang mereka , barulah kita tahu nilai seorang ibu sebesar mana . aku nasihatkan korang hargailah mereka selagi mereka masih ada . walau aku dapat jaga arwah mak ketika dia sakit dahulu , tapi aku rasa tak cukup utk balas jasa  dan pengorbanan dia yg terlalu besar . ingt tak masa kecik kecik ? kita nak minum air , kita panggil mak . bila kita sakit , kita panggil mak . bila kita ada masalah kita cari mak . itulah kuasa seorang ibu . :') . tapi janganlah kita sudah berjaya , kita lupa mak . bila kita sudah berkahwin kita lupa mak . ingt kawan kawan , jasa insan bergelar mak tidak dapat di balas dengan wang ringgit . sayangilah mereka selagi mereka masih ada :) . dulu aku ingat lagi , aku minta mak belikan tiub tayar basikal . dia pergi belikan . aku tak sangka dia sanggup berjalan jauh . smpai skrg aku rasa kesal , aku rasa sebak bila ingt balik . tak sangka mak sanggup demi anak anaknya :'( . percayalah kawan kawan , mak kita sanggup buat apa saja demi melihat anaknya berjaya dan gembira :'( YA Allah . korang minta maaf la jika ada buat salah thadap mereka . tp aku alhamdulillah dapat minta maaf sblm arwah mak pergi :') . kini aku melangkah tanpa seorang ibu di sisi , aku cuba berdikari . hanya harapan dan impiannya yang menjadi tulang belakang aku buat masa skrg :')
mungkin ramai yang anggap insan bergelar ayah tidak mengambil berat pasal kita kerana dia terlalu sibuk bekerja . tapi kawan kawan , insan inilah yang membuatkan kita mampu menyambung pelajaran . insan inilah yang sanggup berjuang utk kita . tanpa seorang ayah mungkin kita tidak dapat makan . dulu time aku dapat anugerah cemerlang , walau sesibuk mana arwah papa tetap ada utk aku . dia datang tgk aku ambil anugerah . dengan semangat aku berjalan . cewah . ye laah mesti gembirakan tgk orang yg kita sayang dtg di hari kita berjaya . dia ambil gmbr aku :') then masa aku ada tournament hoki , walau dia kerja 24jam , arwah papa sanggup dtg kt stadium . dia rakam aku main . dgn smngt juga aku main sungguh-2 tapi kalah juga . hihi , pastu peluk arwah papa . minta maaf kt dia sbb gagal buat yg terbaik tapi alhamdulillah 2 tahun 2 kali dapat tempat ketiga . dulu ingt lagi , petang-2 papa ajak pergi jogging dgn dia . aku pun ikutlah . lumba lari dengan dia , aku lari laju gilerrr . tapi papa yang menang . hihi rindunya semua tu . pasti main bola dengan papa , di situah titik permulaan aku bermain bola . sehingga skrg selama 6 tahun aku berjaya jadi GK utama :) . tapi balik dari tournament bola ke bola baling ke atau takraw papa tanya , *adik menang tak ?* haha . cakap kalah papa . hmm tapi arwah papa tak pernah jatuhkan smngt aku . dia sentiasa berikan tips utk berjaya :') . dulu arwah papa selalu bawa aku pergi balai . rindunya . pastu dulu kecik kecik , nak lintas jalan mesti aku pegang tangan papa . kadang kadang papa dukung aku . ishhh papa sayangkan aku :') . mesti korang jeleskan ? tapi skrg aku yang jeles sbb korang ada ayah lg tak macam aku :') . tak apalah . itu semua kuasa Allah . dia telah tetapkan sepertimana perjanjian sejak kita 3 bulan dalam kandungan :) semoga arwah mak dengan arwah papa tenang di sana . amin al-Fatihah .

namun hari ini , aku cubalah teruskan perjalanan tanpa mereka . mereka yang dulu sentiasa ada utk aku time aku susah dan senang . namun hari ini aku tanpa mereka . aku tanpa nasihat mereka . tapi aku percaya walau pahit utk aku telan , aku mampu tersenyum . kerana kadang-2 yang pahit ini mampu menjadi manis kerana itu Janji Allah . disebalik kesedihan akan terselit kegembiraan . di saat meniti kegagalan akan muncul kejayaan . di saat kita susah akan ada peluang utk berjaya . itulah dinamakan kehidupan . tanpa dugaan mungkin kita tidak berubah . tanpa dugaan mungkin kita tidak matang . ingatlah , setiap apa yang berlaku ada hikmahnya . rahsia Allah kita tidak tahu . tapi DIA tahu yang terbaik utk kita . Allah tahu dari segala kejadian :) ingatlah , Allah sentiasa ada utk kita . apabila kita sudah berjaya di langit tinggi , jangan kita lupa rumput di bawah , apabila kita jatuh jangan kita lupa yang di atas :') kasih ibu membawa ke syurga , kasih ayah membawa bahagia . semoga sahabat semua mampu menceriakan hari hari orang tuamu . bahagiakanlah mereka . selami jiwa mereka . :') ingat , walau kita gagal ibu bapa tidak pernah jatuhkan semangat kita tetapi dia akan cari punca bagaimana kita boleh gagal . dia akan usahakan utk cari penawar utk kita berjaya . assalamualaikum :)
AL-FATIHAH utk arwahyarhamah , PUZIAH BINTI HARON
AL-FATIHAH utk arwahyarham , MOHAMAD PAUZI BIN IBRAHIM .
kita jumpa di syurga . amin amin :')
ayin merindui kasih sayang mak dan papa . ayin akan ingat saat manis kita bersama utk mengisi kekosongan di hati ini :') 

2 comments:

  1. papa kau baik..dy selalu ad kat kau.
    teringin yee aq

    *aku memang tabik gan kau..

    ReplyDelete
  2. semoga anda terus berjaya. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg beriman. amin.

    ReplyDelete