Monday, February 6, 2012

kisah seorang adik yang serba kekurangan :)

ASSALAMUALAIKUM .


CERITA INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :)
REKAAN SEMATA MATA

aku mempunya seorang adik . adik dilahirkan serba kekurangan akibat kecuaian pihak hospital . adik telah mengalami satu penyakit yang menyebabkan dia tidak terlalu aktif . emak menerima suratan takdir dengan hati yang terbuka . 


aku menjaga adik setiap kali emak dan ayah tiada di rumah . kami hidup dalam keadaan susah sejak ayah pergi meninggalkan kami . emak hadapi hidup dgn penuh cabaran . adik mula bersekolah di tingkatan satu . adik bersemangat dan gembira kerana dapat bersekolah . tetapi aku sedih kerana adik sering dibuli oleh rakan-rakannya yang sempurna . adik sering dipermainkan . adik juga sering dipersalahkan .  pada suatu hari , adik telah diberi bantuan netbook satu Malaysia . aku dapat melihat wajah ceria adik . aku bersyukur kerana adik diberi bantuan . 




tapi sayang , tak sampai sehari adik menerima netbook tu . adik telah dituduh menghisap rokok kerana cikgu disiplin telah menjumpai rokok di dalam beg adik . oleh itu , cikgu terpaksa menarik balik netbook itu . adik terlalu kecewa . adik menyatakan kepadaku bahawa rokok itu kepunyaan rakannya . aku sedih kerana ada manusia yang mengambil kesempatan terhadap kekurangan adik . akhirnya adik terus berlari keluar tanpa di sangka adik dilanggar oleh sebuah kereta . akhirnya adik menghembus nafas terakhirnya . akhirnya adik tinggalkan aku dan emak buat selamanya . aku berharap adik tenang di sana . :')

No comments:

Post a Comment