Wednesday, January 18, 2012

salah siapa ? kenapa , mengapa dan bagaimana ?

Assalamualaikum

harini aku nak bincang satu perkara yang menjadi perbualan hangat tentang remaja sekarang .
sekarang ramai remaja mudah terlibat dengan gejala yang kurang sihat . kenapa ? apakah puncanya ? salah siapa ? ibu bapa ? atau remaja itu sendiri ? 

baru baru ni . ada satu pergaduhan yang melibatkan remaja . baru berusia dalam lingkungan 15-17 tahun tapi sudah pandai menjadi gangster ? apa yang mereka mahu tunjukkan ? kekuatan ? mahu tunjuk belang ? apakah yang bermain di minda remaja sekarang sehingga sanggup memukul orang lain ? apa yang mereka mahukan ? budak sekolah . sering saja kita dapat lihat tentang mereka di dada-2 akhbar ! ada yang terlibat dengan pergaduhan , rogol dan sebagainya . di mana maruah mereka ? 

aku sering terfikir , apakah mereka yang terlibat dengan gejala negatif ini tidak pernah sesekali memikir tentang ibu dan ayah mereka ? apakah mereka tidak mahu menjaga maruah keluarga mereka ? kenapa ini semua harus berlaku dalam kalangan remaja skrg ? kalaulah aku diberi kuasa utk memberi motivasi kepada remaja ini . insya'allah aku akan cuba tp apakah daya aku juga remaja . 

aku mahu bertanya kepada mereka . adakah mereka tidak segan bila bergaduh di hadapan khalayak ramai ? apakah mereka berasa megah bila dapat memukul orang lain sehingga orang itu hampir buta ? kenapa perkara kecil boleh menjadi besar ?

berbalik kepada pergaduhan itu , pergaduhan antara kaum sering menjadi perbualan hangat . tp bg aku , aku lebih suka berkawan dgn kaum cina mahupun india . ini dapat dibukktikan bila aku berpindah ke sekolah baru . di sana aku dapat ramai kawan sekaum dgn aku . tp aku mcm tak biasa sebab kdg-2 kaum kita ni ada yang berlagak mahupun sombong . dan selepas itu aku berpindah ke sekolah lama yang majoritinya ramai kaum cina . :) . di situlah aku dapat lihat semangat satu Malaysia . haha . dalam pergaduhan itu , seorang remaja telah dipukul dengan teruk di bahagian mata . boleh lihat dari jauh matanya bengkak dan merah . hasil laporan polis dibuat , pihak polis terpaksa membuka IP utk siasatan lanjut . aku difahamkan remaja tersebut yang memukul mangsa telah ditahan oleh pihak polis  untuk di siasat . lebih mengejutkan aku . haha . remaja tersebut ditahan di rumah ? wow .

tp apa boleh buat . yang pastinya mak ayah remaja tersebut pasti malu . dan mungkin mereka beranggapan yang mereka gagal mendidik anak mereka . mereka mungkin akan rasa kecewa . mereka bekerja siang pagi malam utk mencari rezeki bg menanggung anak mereka tp anak mereka telah mengecewakan mereka . mereka pasti malu kerana terpaksa berhadapan dengan pihak polis . yang pastinya mereka pasti akan menitiskan air mata . tp nasi sudah menjadi bubur . :'( 

wahai remaja di luar sana . fikirlah sebelum anda melakukan sesuatu . janganlah sampai anda ditahan oleh pihak polis . fikirlah tentang ibu bapa kita . kita sebagai anak ditugaskan utk menjaga nama baik parents kita . dan pilih kawan yang mampu membimbing kita ke arah kebaikan . buang yang keroh , ambil yang jernih :) . ingt dan set dalam minda kita tentang perasaan parents kita k . masa utk kita berubah ! come on . :D

No comments:

Post a Comment