Saturday, November 26, 2011

kau akan faham satu hari nanti :')

Assalamualaikum . 



Pengarah
  Muhd Faizrin
Lokasi
  Di mana mana .
Pelakon
Tiada kena mengena antara yg masih hidup atau yg sudah meninggal dunia .


Pada suatu malam yang tenang :)~ 
Faiz keluar bersama kawan-kawannya . tiba tiba dia berkata *weyy , agak-agak kan kalau aku pergi dulu dari korang , korang boleh janji sesuatu dgn aku tak ?* dan kawan dia cakap *kau tak payah merepek doe , aku cepuk kau kang baru tahu* tapi Faiz hny mampu tersenyum then dia nyanyi lg smbil main gitar utk arwah ayahnya . secara spontan air matanya membasahi pipi . dia cepat-2 mengesat air matanya dan terkejut kawannya melihat dia .

suatu hari , Faiz bergaduh dgn kekasih hatinya yg sangat dia sayang . dyorg clash ! kawan-kawannya terkejut bila mendengar berita yg Faiz putus dengan Zureen dengan mudah sbb Faiz terlalu cintakan Zureen . then kawan dia tny *weyy , apehal kau clash dgn zureen ? kau bukan sayang dia sangat ke ?* , Faiz mendiamkan diri . airmatanya sekali lg membasahi pipi dan dia cakap * satu hari nanti kau akan tahu jugak* . kawan Faiz hny mampu menggelengkan kepala , mereka terkejut Faiz boleh berubah dalam masa yang singkat tp mereka terima apa pun keputusan yg Faiz buat sbb mereka adalah kawan baik .

Hari raya pun menjelma . kawan-kawan Faiz datang ke rumahnya utk beraya . Faiz terlalu gembira bila kawan-kawannya datang . dia dah siapkan makanan minuman . dia menjemput kawannya makan bersamanya di dapur . tika sedap menjamu selera , Faiz cakap * sedapkan rendang ayam nii , maybe ni kali terakhir aku dapat makan rendang dgn korang .* then dia makan rendang tu dan riak wajahnya menunjukkan dia tidak boleh melupakan saat-2 bersama kawannya .

ketika berbual dgn kawanya di padang sekolah , sorang dari kawan dia berkata * alamak , game dah dekat nii , boot aku belum cari lg . mesti cikgu Rahman mengamuk nanti , mesti dia taknak aku ada dalam team lg . aduhhh*  then Faiz cakap  *relaxlah derr , lagi sebulan lu akan dapat pny boot . bersabar je lah*  kawan dia hny tersengih .

ketika waktu rehat , Faiz just stay dalam kelas and buat ulangkaji . kawannya datang dan bertanya *kau taknak makan ke ?arini makanan kt kantin sedap doe* faiz membalas , *aku nak save duit doe , kau makan lah dulu . niatkan utk aku sekali . haha* --*bukan mak kau bg duit byk ke selalu ? nak save buat apa lg ?* . faiz menjawab . * kau akan tahu jugakk nanti* kawan dia terus beredar dari situ .

ketika Faiz dan kawannya lepak di kedai kesukaan mereka , Zureen datang dengan seorang budak lelaki yg tidak mereka kenal . dan Zureen cakap * nii pakwe baru aku , lepasni jangan ganggu hidup aku lg . aku tak hadap dgn kau lg* faiz menjawab * i minta maaf Zureen , i bukan tak cintakan you tp ada sbb  yg terpaksa i tinggalkan you , percayalah you yg pertama dan terakhir utk i* , DUSHH ! Zureen tumbuk perut Faiz ! dan dia beredar bersama teman barunya . .....
Faiz terkejut dan kecewa  tapi dia berkata dgn kawannya , *tak apalah , satu hari nanti Zureen akan faham juga , biarlah dia dgn pakwe dia tu . weyyy ! aku sayang korang semua taw* then Faiz hny mampu tersenyum . 

pada hari Jumaat yg indah , Faiz menghantar text kepada kawan-2nya termasuk Zureen . dalam text tu dia tulis * korang , aku nak korang tahu , aku sayang korang sgt . koranglah kawan dunia akhirat aku* . P/s : datang rumah aku ea harini . 

bila mereka tiba di rumah Faiz , mereka berasa pelik dan bercakap anta satu sama lain * eh , kenapa ada orang ramai nii doe ?*-- *dia buat party kot*-- *hotak kau buat party ! kenapa semua orang pakai baju melayu nii*- -* ak ah , aku tak sedap hatilah* Zureen berkata * tah pape lah si Faiz nii , buat party tp jemput orang yg pakai baju Melayu ,, mengarut betul* dan kawan Faiz mendengar lalu berkata * woiii , kau jangan sombong sgtlah ! tak pasal-2 kau yg menangis nanti* Zureen membalas *apa masalah kau r ? suka hati akulah nak cakap apa ! huh * .
dan mereka semua berhenti bergaduh taktala abang Faiz datang dan menjemput mereka masuk .

ketika masuk ke dalam rumah Faiz , mereka terkejut bila melihat tubuh faiz yg telah siap dikapankan dgn kain putih dan diletakkan di atas tilam sementara orang ramai yg datang membacakan 'Yassin' . mereka tahu bahawa Faiz telah tinggalkan mereka utk selamanya . mereka menangis dan tiba-2 Zureen rebah di depan jenazah Faiz . 

selepas , jenazah Faiz selamat dikebumikan . abang Faiz mengajak mereka ke rumah . di rumah  "sebenarnya , sebelum arwah pergi , dia ada tinggalkanh pesanan utk kamu semua . stiap sorang drpd kamu ada surat yg arwah tinggalkan " kawan faiz dan Zureen terkejut * apa ? maknanya dia tahulah yang dia akan pergi bang?* --* astaghfirullahalazim , arwah tak bg tahu kamu semua ke? arwah sebenarnya suka berahsia , semua masalah dia pendam sorang tp kalau maslah orang mesti dia sibuk nak tolong . sebenarnya arwah disahkan mengalami paru-paru berair* --* apa ? paru-paru berair ? subhanallah .. Iz , kenapa kau tak cakap dgn aku , kita kawan dah lah Iz , kita dah mcm adik beradik!* salah seorang dari kawan faiz berkata sambil menangis . then abang faiz bagi surat kepada mereka semua .
Kesemua kawan-kawannya mendapat satu surat dan hadiah . Halim yg perlukan boot utk game bola sepak , dapat apa yg dia inginkan dan Halim menangis sebab Faiz sanggup berkorban deminya . tapi...

Zureen menangis selepas membaca surat itu .....
sorang dari kawan Faiz ambil surat tu dan baca secara sederhana suaranya so yg lain dapat mendengarnya . 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum wahai bidadari hatiku,
saya tahu , jika awak sedang membaca watikah ini , pastinya saya sudah pergi dijemput ilahi .
Pertama sekali , sy memohon keampunan dari awak , sesungguhnya tdk pernah terniat dihati saya utk menyakitkan hati awak atau buat awak sedih . 
percayalah , hati dan jasad ini hny utk awak tapi apakan daya ,
Saya tidak mahu lihat awak bersedih tika saya tidak ada lg utk awak .
ketika awak menemukan saya dengan kekasih baru awak tempoh hari ,
Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati saya tetapi saya dah berjanji dgn diri saya ,
kebahagian awak dari penting dari saya ,..
sebenarnya , saya mengambil keputusan utk tinggalkan awak sbb saya taknak tgk awak menangis 
bila saya dah takde nanti , biarlah awak bahagia dgn hidup awak , saya cuma nak 
tengok awak bahagia ,
saya tak pernah berhenti utk sayang awak hingga nafas terakhir saya ,
awak , kalau awak dah berjaya even dah sampai ke puncak awan ,
awak jangan lupa rumput di bawah dan jangan pula lupa yg di atas .
setiap hari sy panjangkan doa ke hadrat ilahi agar awak diberikan kebahagian . moga Allah memakbulkan doa saya wak .
dah dah ! awak jangan menangis lagi k . assalamualaikum Zureen
.
:')"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~THE END~

KITA AKAN MENGHARGAINYA BILA KITA KEHILANGANNYA . DAN SEMUA BENDA YANG KITA PEROLEHI TIDAK AKAN KEKAL UNTUK SELAMANYA . ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI MAHA MENGASIHANI .

2 comments:

  1. wahhh..dah gerak lik blog nie..
    amacam skang? hope ok..
    sy nak mintak alamat awak ni..
    nak send sijil awak tu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete