Thursday, November 24, 2011

aku perlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah :'(

Assalamualaikum w.b.t 


dah hampir seminggu kita bercuti selepas menamatkan sesi persekolahan tahun 2011 . banyak onak dan duri aku lalui bersama . byk kenangan yg tak boleh dilupakan . tahun nii tahun paling mencabar kekuatan iman aku . Allah terlalu byk memberi dugaan tetapi aku sebagai hamba-Nya hny mampu menerima :') . Ya Allah aku sangat menyayangi-Mu . aku yakin dengan ketentuan-Mu .

tahun 2011 . aku datang dengan semangat yang baru setelah hampir 1 setengah tahun semangat aku hilang selepas papa meninggalkan aku dan semua . aku tak sangka begitu cepat arwah papa tinggalkan aku . then lepastu emak lah yang mengambil alih tugas papa . dia lah ibu dialah papa . aku bagai tidak sangka semuanya berlaku sekelip mata . emak kini berusaha menjaga aku dengan sebaik mungkin . dia cuba bg kasih sayang sepenuhnya kepada aku . dia tidak mahu tengok aku terlalu sedih . dialah tempat aku melepaskan semuanya . melepaskan segala masalah yg aku tanggung . dialah pendengar setia aku . :)

pada tanggal 24/5/2011 . semuanya bermula disini . emak mengadu kakinya tidak boleh bergerak . angah menghantar mak ke hospital Columbia dan mak ditahan wad . selepas 3 hari di hospital , DR gagal mengesan penyakit mak . dan mak di bawa balik ke rumah . pada tanggal 28/5/11 , tepat jam 1 pagi mak bagai tidak tentu arah , nafasnya bagai berdegup kencang . hanya Allah yg tahu bagaimana hati dan perasaan  aku tika mak mcmtu . aku tak kekang mengajar mak mengucap dua kalimah syahadah . namun semuanya berakhir bila paramedik datang . mak kekurangan gula dalam badan . dan mak dihantar ke HSA . selama seminggu aku menjaga mak . saling berganti dengan siblings aku yang lain . akak dengan li jaga mak dari pagi hingga ke petang , aku jaga dari petang sampai tengah malam dan angah jaga mak dari malam sampai ke pagi . dan jan tidak dapat jaga mak sbb dia terpaksa menghadiri kursus Kastam di Melaka . namun aku sayang semuanya . selepas seminggu di HSA , DR mengesahkan mak mengalami penyakit yg merbahaya . DR cakap penyakit mak di tahap kritikal . luluh hati aku bila DR cakap mcm tu . aku bagi hilang punca . namun aku hny ada Allah time tu . dia lah tempat aku bergantung . selepas tu mak dipandahkan ke Hospital Pakar Puteri selama seminggu . di sini mak menunjukkan kesan positif . kaki mak kian bergerak . dan akhirnya mak dibenarkan balik ke rumah . terima kasih Ya Allah :') . selepas tiga hari di rumah , akak mengambil keputusan utk bawa mak ke seremban sbb kt JB tak ada org yg jaga mak diwaktu aku kesekolah .

pada tanggal 17/7/11 mak dibawa ke seremban . aku tinggal bertiga dgn angah n jan . balik sekolah je aku mesti call mak . *mak tengah buat apa * mak dah makan* . then mak cakap * jaga diri baik baik yin . kunci pintu semua sebelum tidur . mak terlalu sayangkan ayin :') . namun pada 23/7/11 , akak telefon aku cakap mak dimaksudkan ke wad kecemasan . mak dihantar ke HPD seblum dihantar ke HTJ Seremban . so malam tu juga , aku berempat mesti pergi tgk mak sbb DR cakap mak mungkin akan koma . aku menangis . aku tk nak hilang mak .so sampai HTJ dalam pukul 11 malam . then naik jumpa mak . aku salam mak , cium mak . mak hny cuma mampu tersenyum tgk anak anak dia semua ada di depan mata . then angah lah yg jga mak malam tu . so esok pagi , angah cakap mak dah mengacau . aku mula resah . aku terus ke HTJ utk jaga mak . bila aku panggil mak , mak tak hiraukan . mak bagai lupa smuanya . dan pada tanggal 27/7/11 mak mula tidak sedarkan diri . aku hny dapat melihat tubuh mak tanpa mendengar suaranya lagi . mak kini ditahap paling kritikal . keadaannya hny 50-50 . :'( . aku cuma mampu berdoa . ada yg nasihatkan aku bila berdoa * ayin , ayin tahukan mak dah kritikal skrg . so abg ingatkan , bila berdoa tu biarlah ikhlas se ikhlas hati kita . abg ingatkan ayin pilih antara dua , berdoa semoga mak sihat mcm dulu atau berdoalah biar mak pergi . bukan abg nak mak pergi tp abg tak sanggup tgk mak mcm tu . dia sakit yin . dia yg tanggung semua tu . so ayin fikirlah yg terbaik utk mak tp ayin kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah* then pada tanggal 30/7/11 . awal awal pagi DR dah call akak . DR cakap mak punya jantung dah berdegup kencang . aku terus pergi HTJ . bila tgk mak , mata mak dah terbuka . aku bacakan yasin . kawan baik mak yg jauh pun datang . ada yg mengalirkan air mata . ada yg bacakan yasin . dan pada haritu juga Ketua Polis Negeri Sembilan sempat melawat mak . aku bangga :') . then waktu semakin suntuk , DR hny memberikan harapan selama 24jam . then masa akak nk balik rumah dalam pukul 7pm .  dia tgk mesin oksigen mak , semua angka yg ada menjadi semakin rendah . aku tgk badan mak dah tak bergerak lg . aku takut . aku takut kalau hilang mak . akak terus panggil DR . then DR check mak . Dr kuar , then cakap *you tahukan ur mum memang sudah kritikal . tadi dia punya jantung sudah berhenti berdegup selama 30s . tapi skrg sudah okayyy * Dr tu masuk balik tgk mak then dia keluar balik *kami semua dah cuba yg terbaik . Dr pakar pun ada merawat mak cik ni . tp skrg makcik ni sudah meninggal dunia . kami minta maaf* bila aku dgr Dr cakap mcm tu , aku terus peluk jan . aku hilang ! aku hilang semuanya . orang yg paling aku sayang akhirnya turut pergi mengadap ilahi . aku terus keluar , aku call cikgu syam , cikgu wan nashrul dan lelain . aku tak henti menangis . aku masuk , tgk mak dan cium mak sblm mak di bawa ke bilik pengurusan jenazah . akhirnya aku hilang semangat yg cuba aku cari selama ni . :'( . 

kini , aku belum temui diri aku yang dahulu . aku tak temu kebahagian lg . aku tidak seceria dahulu . aku tak kuat macam dulu . :'( i'm sorry . 
Al-fatihah utk arwah papa dan mak . moga Allah mencucuri roh kedua duanya :') Amin Ya Rabb .

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment