Thursday, August 11, 2011

Aku pergi Dulu ea . doakan aku k :') .

assalamualaikum .

harini aku last kt Johor . lepas Zuhur aku gerak pergi Seremban . rasa sedih nk tgglkan semua kawan-2 aku . aku rasa bertuah sgt dapat kawan-2 yg ikhlas berkawan dgn aku . dapat cikgu pun Alhamdulillah , semuanya prihatin . tadi pergi sekolah kejap , amik sijil-2 aku . jumpa cikgu Syamsul dgn cikgu Azharul . salam dyorg . rasa sedih masa nak melangkah pergi . then cikgu syam cakap *tahun depan kau datang balik sekolah sini* . aku hny mampu tersenyum . dalam hati cakap , insya'allah cikgu . :') .

kawan kawan aku ~
aku berterima kasih sgt sebab korang sentiasa ada utk aku time aku susah dan senang . aku tahu memang payah nak dapat kawan mcm korang . but aku terharu sgt . maybe dah takdir aku kena pindah . eh korang , jgn sesekali lupakan aku ea . ingt aku sampai nafas terakhir korang . aku tahu , aku ni bukanlah kawan yg baik . aku selalu cari gaduh dgn korang , buli  korang . terlebih gurau dgn korang . tapi niat dalam hati aku cuma nak bergurau senda . hidup kita sunyi kalau tak bergurau kan ? :') . korang belajar rajin rajin taw . ingtlah , korang masih ada mak ayah lagi , so bagilah dyorg gembira bila tgk result exam korang . dyorg bersusah payah keje siang malam nk cari duit utk sara hidup kita sekeluarga . so hargailah mak ayah korang selau dyorg ada depan mata korang . :') . study elok-2 k kawan .

cikgu-cikgu saya ~
okayy . sy bersyukur sgt dapat guru mcm cikgu-2 semua . maybe dkt sekolah baru nanti , sy takkan dapat guru-2 yg baik mcm cikgu-2 semua . cikgu semua terlalu baik utk sy . kdang-2 sy nak belajar dgn cikgu lg but sy kena pindah . cikgu , maafkan salah dan silap sy sepangjang cikgu mengenali sy k . :') . moga cikgu-2 semua sentiasa diberkati oleh-Nya . amin :')

okayy semua . aku jalan dulu ea . doakan aku sihat sejahtera . kenangan kita bersama jgn sesekali korang lupa taw . byk onak dan duri kita lalui bersama . jga cikgu kita baik-2 k :') . okay semua . Assalamualaikum .
  

Ikhlas daripada kawanmu dan ank muridmu ,
Muhammad Faizrin Bin Mohamad Pauzi ,
Smk Tman Bukit Indah .


2 comments:

  1. kami semua tunggu kamu kat SMKTBI ni.. smoga sudi datang balik, kalo xlama pun sekurang-kurangnya dtg menjengah..dulu hazim, hanafi,skang kamu..tp xpela, penghijrahan salah satu cara utk manusia menjadi kuat..jg diri..

    ReplyDelete
  2. insya'allah cikgu . kalau ada masa sy akan datang balik kt SMKTBI . doakan sy ea cikgu :)

    ReplyDelete