Thursday, April 7, 2011

kenangan yg tak boleh dilupakan ^^

as salam
huhu . penat semalam makin terasa . 3 hari 2 malam aku dekat hotel selesa PG  utk program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) . best gilaa wa cakap, memori yg tak akan dapat aku lupakan . first day . dalam pukul 10 aku turun dari kelas utk ke bilik kaunseling . then lebih kurang pukul 10.30 cikgu anta aku g pusat koko tasek . ngeh . pastu naik bas , dalam pukul 11 kita org gerak p hotel SELESA . ramai gak budak dari daerah Jb . then dalam pukul 11.45 kita org sampai . perh . dah laa sorang bdk pun aku tak kenal . ngeh . tp dgn keyakinan aku tegur laa sorang dua bdk . first bdk yg aku salam n kenal ialah Naiem . bdk sekolah DJ . then kenal lg sorang bdk Perling (undan) nama dia Azril . then bermula persahabatan . then bdk dari daerah lain pun sampai . lepas dah amik gmbr , daftar n amik kunci . aku pun gerak p bilik . no bilik 125 ! aahaha . then roomate aku budak BP dgn Kluang . sorang melayu sorang cina . terbaik .! then tepat pukul 3 kita org turun g dewan suasana . then dpat lg ramai kwn . aktiviti pertama kita org ice breaking . ahaha . then lepas tu taklimat komandan . then lepas tu tayangan perpaduan dan ceramah oleh cikgu dari sekolah Taman Universiti . then lepas tu makan malam dan terus masuk bilik utk rehat . ngeh

 hari kedua . tepat jam 5.15 aku bangun utk mandi sebab kena ada dkt dewan pukul 6.20 a.m . then lepas dah siap semua aku turun pukul 6.10 a.m . tapi aku tgk feci sorang pun belum ada . haha . rupanya dia lambat . terlajak tidur kot . ngeh . tawa dia , dia yg kena . hhahaa . then lepas dah sarapan semua . semua bdk rimup mula bergerak ke taman rekreasi PG utk senaman robik . haha . lepas senam robik , kita org bergotong royong kemas taman tu . sapu sana . kutip sini . hahah . semangat gila siakkk aku . aku mula mula kutip sampah dgn sorang amoi nii dari muar . ngeh . budak sekolah PEI HWA . haha . seronok laa juga sbb aku dah biasa dgn bdk cina . ^^ . then lepas tu aku mula mengusik bdk perempuan group aku . nama dia fatin sofia kot . kalau tak silap laa . haha . aku saja kenakan dia . ngeh . kepada kamu sy minta maaf . ^^ . thn lepas dah siap semua , kita org balik g hotel utk berehat .  then pukul 2pm kita turun dgn pakai blazer n uniform skolah . haha . smart siakk . ngeh . penceramah tu memang yg terbaik laa aku cakap . lawak terbaik . hahaha . dia dah byk mngubah persepsi aku . terbaik . perpaduan asas pembangunan negara ! then aku serik dah utk pilih bentuk bulat . wakakakaka . then pukul 4.30pm dia mengakhiri ceramahnya . . then lepas tu taklimat integrasi budaya utk malam tuu . acara dia kena buat bunga manggar , ketupat , kouzi kacang and kolum . then malam tu kena buat acara nii . haha . masa buat bungar manggar tak jadi masalah . haha . tapi masa buat benda alaah nii aku kena panggil utk rakaman video . ngeh . dia tny apa perasaan aku tntg program nii . haha . aku pun jwb laa . then lepas dah rakam semua kita org gerak p buat ketupat . haha . hancur ketupat aku . lgsg tak jadi . ngeh . then acara kacang . haha . team aku kalah . tak apa . lepas tu g aktiviti kolum pulak . alhamdulillah senang je . haha . then dah siap semua aku g minta no bdk bdk . haha.. tapi memang best laa . kali pertama aku buat kolum (kaum india pny) n chosctik) kaum cina ^^


hari ketiga iaitu hari terakhir . bermaksud kita org akn pulang ke daerah masing masing . haha . sob sob . pagi pagi aku dah bgn . lepas dah mandi n solat aku turun p dewan . tgk semua lain mcm je . haha . perasaan becampur baur . rasa mcm nk lagi , nk lagi . tapi apa boleh buatkan . then pukul 7am kita org p sarapan . lepas sarapan  , kita org p berkumpul bersama group masin masing and feci . haha . then feci suruh kongsi pngelaman sorg demi sorg . masa aku cakap tuu . memang berat laa hati nii . sayu . rasa memang tak cukup masa utk kita bersama . 3 hari tuu memang waktu yg terlalu singkat bg aku utk kenal yg lain . then lepas dah bermaaf maafan . kita org masuk dewan utk majlis Penutupan Program RIMUP nii . then . lepas bdk EC ngn SETA buat persembahan . dyorg tunjuk balik video spnjg aktiviti nii berjalan . haha . yg tak disangka aku keluar dkt screen besar tuu . hohoh . aku bg pendapat tntg program nii . ngeh . tapi memang best laa . then epas dah habis semua . kita org pergi makan bersama utk kali berakhir . then lepas makan kita org membawa diri masing masing . walau berat hati nii , walau payah utk melangkahpergi . kita terpaksa berpisah . aku terharu sbb dapat kwn yg terlalu baik . aku bangga dgn yg lain kerana walau kita kenal dalam waktu yg singkat .. kita dpt menjayakan program nii . terima kasih aku ucapkan . tapi sebelum aku akhiri nii . penat dah aku tulis wok . hahaha . aku minta maaf dkt sesiapa pun yg aku ada buat salah , terkasar bahasa , terlepas pandang , tak sempat nk kenal , tak sempat nk bertegur sapa . aku minta maaf sgt . aku nii manusia yg sentiasa membuat kesilapan . yg baik itu dari Tuhan yg buruk itu dari kelemahan aku sendiri . kalau ada rezeki , kalau ada umur . insya'allah kita akn dipertemukan lg . ingt laa . sekali kita bersahabat ,bermakna kita bersahabat utk selamanya . hny ajal yg mampu memisahkan kita . ^^ akhir kata kwn , terima kasih sbb dapat terima aku , walau aku nii tidak sempurna utk korang . tapi korang adalah yg terbaik utk aku . Program RIMUP peringkat Negeri JOHOR adalah yg TERBAIK .!


saya suka awak ,
awak suka saya ,
saya tolong awak ,
awak tolong saya ,
                                                             SALAM 1 MALAYSIA
hakemm , zarul , syafiq,vivek , muhammad rashidee , naiem ,azril , helham , dannyish , athirah ,acap , zainal , hanif , Sharifah , aneesa , priyanka , amoi group c , aina , faziela , khatijah , laily , syuhadah . dan semua bdk dari group2 lain . thank jadi sahabat aku walau masa terlalu singkat utk kita bersama . ^^

                                                                                             SAHABATMU ,
                                                                                        Muhd Faizrin Mohd Pauzi
                                                                                        SMK Taman Bukit Indah
                                                                                           Daerah Johor Bahru

1 comment:

  1. Nice one!
    ehh can you refollow my blog back? please.
    thank youu :)

    ReplyDelete